RSS

Profile

1.       Pendahuluan

‘Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk syurga’ – riwayat Ahmad al-Bukhari dan Muslim. Jelas sekali dalam hadis di atas menekan bahawa Allah swt meletakkan anak-anak kecil di tempat yang tinggi dan mulia. Justeru, Islam meminta agar memberi tumpuan khusus pada proses pentarbiahan anak kerana mereka adalah hasil kepada kehidupan yang akan datang.

‘Dia yang menganugerahkan anak perempuan dan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki’ – Assyura:49. Rentetan itu memberi kesedaran bahawa proses pentarbiahan sebenarnya adalah proses yang bermula semenjak kanak-kanak itu dilahirkan dan berlanjutan sehingga akhir hayatnya. Usaha menekankan tarbiah itu pada peringkat kanak-kanak dilakukan kerana pada peringkat umur ini mereka lebih bersedia dan senang menerima pengajaran dan pembelajaran.

Hasrat itu direalisasikan melalui penubuhan tadika yang menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah.

Justeru, sebagai persiapan untuk mewarisi agama yang tercinta ini, kanak-kanak perlu diasuh, dididik menjadi khalifah. Segala-galanya bermula dengan memberi pengetahuan, pengalaman serta mengembangkan potensi diri anak-anak dengan nilai-nilai Islam.   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS